![]() |
Logo Organisasi |
N'ittah Enterprise merupakan sebuah Organisasi Usahawan Kecil 100% milik penuh Bumiputera. Organisasi kami mula tertubuh pada 16 September 2016 bertempat di daerah Marang Terengganu, Malaysia dan diasaskan oleh tiga orang sahabat muda yang berlainan kelulusan.
N'ittah Enterprise merupakan pengeluar madu lebah kelulut atau Trigona Stingless Bees dimana aktiviti pengeluaran madu adalah hasil daripada ternakan koloni atau Log kelulut itu sendiri. Kami Menternak sendiri lebah kelulut ini bagi mendapatkan hasil madu yang berkualiti dan terhindar daripada was-was madu campuran yang telah terjual dipasaran.
Objektif penubuhan organisasi ini adalah untuk memasarkan madu lebah kelulut yang tulen tanpa sebarang campuran ke seluruh negeri dan negara luar.
Gambar diatas adalah logo dan label madu kelulut pada botol madu jualan kami.
Botol mengikut sumber pasaran. Jika tiada botol yang sama kami akan menggunakan botol berlainan bentuk tapi masih pada sukatan dan logo yang sama.
where can I buy this honey? do you have a website?
ReplyDelete