Wednesday, 5 October 2016

Apa itu Lebah Kelulut?

Gambar kelulut dipetik daripada Google

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut adalah lebah tak bersengat manakala lebah madu atau lebah Apis adalah lebah bersengat.

Proses pembiakan kelulut sama seperti lebah Apis, lebah kelulut mempunyai seekor ratu dalam mengawal koloni. namun begitu, kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Terdapat 3 kasta dalam koloni kelulut iaitu Ratu, Lebah Pekerja dan Lebah Jantan dan peranan mereka adalah berbeza.


gambar didalam dan luar sarang kelulut (gambar dari google)

Kelulut dapat menghasilkan 3 produk iaitu madu, propolis, dan roti lebah. Madu kelulut mempunyai khasiat lebih baik berbanding madu lebah biasa.


gambar kantung madu atau propolis ( gambar dari google)

Propolis adalah sarang atau sebagai pelindung dari parasit lain dan juga kulat. ia juga berfungsi sebagai tempat simpanan madu dan juga roti lebah.

Ingin tahu apa itu propolis? roti lebah? dan khasiat2 nya...termasuk Khasiat madu kelulut itu sendiri? silalah jenguk ke blog kami pada entry yg akan datang! 

Pengenalan Organisasi N'ittah Enterprise

Logo Organisasi


N'ittah Enterprise merupakan sebuah Organisasi Usahawan Kecil 100% milik penuh Bumiputera. Organisasi kami mula tertubuh pada 16 September 2016 bertempat di daerah Marang Terengganu, Malaysia dan diasaskan oleh tiga orang sahabat muda yang berlainan kelulusan.

N'ittah Enterprise merupakan pengeluar madu lebah kelulut atau Trigona Stingless Bees dimana aktiviti pengeluaran madu adalah hasil daripada ternakan koloni atau Log kelulut itu sendiri. Kami Menternak sendiri lebah kelulut ini bagi mendapatkan hasil madu yang berkualiti dan terhindar daripada was-was madu campuran yang telah terjual dipasaran.

Objektif penubuhan organisasi ini adalah untuk memasarkan madu lebah kelulut yang tulen tanpa sebarang campuran ke seluruh negeri dan negara luar.




Gambar diatas adalah logo dan label madu kelulut pada botol madu jualan kami.

Botol mengikut sumber pasaran. Jika tiada botol yang sama kami akan menggunakan botol berlainan bentuk tapi masih pada sukatan dan logo yang sama.